NAMA DAN SEJARAH KG GELIGA
SEJARAH KAMPUNGNAMA KAMPUNG GELIGA DI PEROLEHI BERIKUTAN CAHAYA KEMILAU YANG DIDAKWA NELAYAN TERPANCAR DIATAS PUNCAK BUKIT YANG BERADA DI HUJUNG KAMPUNG. CAHAYA ITU DIPERCAYAI CAHAYA “ BATU GELIGA” YANG HANYA DAPAT DILIHAT OLEH NELAYAN DI TENGAH LAUT. KEMUDIAN BERSEMPENA DENGAN ITU MAKA LAHIRLAH NAMA “ KAMPUNG GELIGA”.
MENGIKUT CERITA LISAN ORAN-ORANG TUA KAMPUNG GELIGA ASALNYA ADALAH KAWASAN HUTAN PANTAI YANG DITUMBUHI POKOK RHU, MENGKUANG , KEMUNTING, GAJUS DAN KELAPA.
KAMPUNG GELIGA ADALAH SEBUAH PERKAMPUNGAN NELAYAN YANG TERLETAK DI PINGGIR PANTAI GELIGA.
KAMPUNG INI MULA DIDUDUKI PADA AWAL TAHUN 60 –AN APABILA PIHAK KERAJAAN MENGADAKAN PEMBAHAGIAN LOT KEPADA SEBAHAGIAN PENDUDUK KAMPUNG KUALA KEMAMAN.